Wednesday, October 17, 2018

BBM3410: Geng bujang Kharmaz uolss ;)

Rindu. Rindu pada mak dan adik-adik. Eh silap. Rindu kat mak je adik-adik tak pun. Selalu je gaduh hahaha tapi tu normal lah kan? Adik-adik aku ni biasalah bila aku balik selalu cari pasal gaduh tapi bila aku dah balik kolej eh duk ws aku tanya bila plak nak balik rumah pehal hahahaha. Tapi hakikatnya aku yang selalu cari pasal hahahah.Sebenarnya aku ni seorang yang bising bila kat rumah seorang penghibur jadi bila aku dah takde sunyilah rumah tu ye dok? hahaha sabar ye adik-adikku sayang minggu depan gue balik jangan lupa hamparkan karpet merah ye depan rumah hehehe. Sebenarnya dah tak boleh duduk lama kat kolej ni sebab dah rindu gila kat mak :') Rindu masakan mak lebih-lebih lagi hehe.

Rindu adik-adik jelaa memandangkan kakak abang semua dah kahwin sibuk dengan kerja anak masing-masing. Nasib aku tak kahwin lagi boleh duk santai-santai rilek gittew hahaha :D


Rindu yang tengah je :')



Pilih ler nak yang mana? hahaha


Rindu :')




BBM3410: Tentang kita, ya KITA.

Sahabat. Indah bunyinya. Namun, lagi indah jika persabahatan kita bersulamkan dengan keikhlasan. Tak sangka, dari sekolah menengah sampai sekarang kita masih lagi bersahabat. Dari kenal biasa-biasa sampai kita rapat tak terkata. Pelik, tiba-tiba kita rapat. Bertukar idea. Bercerita tak ingat dunia. Menangis tanpa kata. Semua sebab tiba-tiba. Tiba-tiba ke? Tidak. Aku rasa ini semua ketentuan dariNya. Yang pasti aku sangat bersyukur punya sahabat seperti kamu. Yang ada tidak kira masa, tegur atas dasar sayang. Bertuahkan aku? Ada masa kita gelak sakan. Ada masa kita serious muka masam cuka. Ada masa kita kongsi suka dan duka. Aku tahu, bukan senang nak ikat pertalian persahabatan seperti ini. Tapi, kerana setiap perbuatan atas landasan kasih sayang keranaNya, sampai sekarang kita bersahabat. Dan berharap, agar tali persahabatan ini bukan hanya di dunia semata-mata. Tapi, biarlah hingga ke syurga. Cuma satu pesan aku, jika aku tidak bersamamu kelak maka tariklah aku ke pintu syurga. :’)

Bergaduh? Itu normal. Pasangan bercinta pun selalu bergaduh apatah lagi dalam persahabatan. Nak cakap pasal gaduh ni banyak kali bergaduh. Tapi kita semua matang boleh handle cara dewasa kan? hahahaha padahal kalau dah merajuk tu masyaAllah :P Yang pastinya dalam persabatan lagi sweet dari pasangan yang bercinta kot hahaha.

Rindu. Rindu pada kenangan lalu. Yang paginya pegi sekolah stay sampai petang study sama-sama. Kalaulah aku boleh undur masa. Pasti aku putarkan masa kita di bangku sekolah. Rindu pada Sofiyyah yang dalam lembutnya ada tegasnya, Rindu pada Kamilah yang diamnya ada buah bicaranya. Rindu pada Mimi yang santunnya ada pendirian yang sendiri. Rindu pada Rabeah yang bisingnya selalu menceriakan orang.

Harap lepas awak semua baca ni nangislah ye :P Orang tak penah lupa pasal kita, cuma waktu yang tak menginzinkan untuk kita bersua. Rindu nak lepak tidur makan sama-sama :') Pernah rindu kenangan lama sampai menitis air mata? Ye sayalah tu :( Bila kita nak jalan-jalan lagi? Rindu nak macam dulu :') Sayang semua keranaNya. <3


Rindu :')



Nah untuk awak yang rindu saya :P
                                           

BBM3410: Bukan tahu simpul cinta je, Simpulan Bahasa pun kenalah tahu kome.

Assalamualaikum, hai semua. Buat apa tu? Mesti tengah pulun buat PITA tu kan? Hehe jangan stress-stress ye. Pada ruangan blog kalini saya nak kongsi berkenaan dengan tugasan Isnin yang lalu. Isnin yang lalu Prof menyuruh setiap kumpulan mengambil gambar dalam bentuk cerita. Tak faham? Macam ni, setiap kumpulan kena pilih terlebih dahulu 10 simpulan bahasa. Yang pasti, setiap simpulan bahasa ni tak boleh sama dengan kumpulan yang lain okay. Lepas dah pilih 10 simpulan bahasa, setiap kumpulan bolehlah terus ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih. Gaya gambar yang diambil mestilah difahami oleh orang yang tengok gambar tu. Dalam kata mudah, gambar tersebut mestilah mengandungi makna simpulan bahasa yang dipilih. Faham? Okay bagus. Seterusnya, 10 keping gambar berdasarkan 10 simpulan bahasa tersebut dimasukkan kedalam slide dan kena letak sekali instrumental lagu Melayu uolss. Selepas dah siap, slide tersebut akan dimuatnaik dalam akaun Youtube berkumpulan. Pada minggu yang seterusnya setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.



 Cuba teka ni simpulan bahasa apa?



bincang apa tu hihihi

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410: Dilema lagi dan lagi

Hello uolss apa khabar tu hehe. Pada ruang blog saya kalini saya nak kongsi berkenaan dengan melanjutkan pelajaran. Sebenarnya, saya keliru sekarang ni :( Saya berhasrat lepas habis degree ni terus nak sambung Master. Tapi, nak sambung Master bukan senang. Hati kena kental sis :( Saya pernah berbincang dengan keluarga berkenaan dengan hasrat saya ni tapi keluarga saya kurang setuju untuk saya sambung Master. ;( Mereka sarankan habis belajar terus kerja. Hm saya betul-betul dilema sama ada ikut kemahuan keluarga atau ikut kata hati :( Saya berkongsi cerita ni untuk minta pendapat awak semua. Macam mana ye awak semua boleh share? :(










Keliru dengan diri sendiri :')

BBM3410: Makan selagi boleh ;)

Hai semua apa khabar sihat ke tu? Hm pada kalini saya nak kongsi pasal makanan je hehe. Saya tahu orang yang baca blog saya mesti suka makan kan? Haha samalah dengan saya. Makanan merupakan salah satu ubat bagi saya hehe. Saya suka makan dan suka mencuba makanan yang baru. Bagi saya dengan hanya makan saya boleh kurangkan tekanan jiwa dari menyiapkan tugasan dan PITA haha. Makanan yang pedas merupakan salah satu makanan gemaran saya. Saya memang kuat makan. Dulu-dulu kalau makan banyak-banyak berat badan saya selalu konsisten. Tapi sekarang bila saya makan banyak berat badan saya naik mendadak. Macam mana caranya nak makan banyak-banyak tapi nak kurus macam dulu ye? Huaaaaaa macam mana nak kurus ni ;( 

























Kalau awak tengah lapar tengoklah gambar-gambar tu hihi :P

BBM3410: Juru gambar profesional uollss ;)

Assalamualaikum awak-awak. Buat apa tu? Harini saya saja nak kongsi pengalaman jadi juru gambar profesional hihi bukan selalu dalam kelas Multimedia dalam Bahasa je boleh jadi juru gambar ni hehe. Ingatkan ambil gambar ni senang je uolss tapi sebenarnya tak. Sebabnya, kena ambil gambar pada pengcahayaan yang betul dan tidak boleh sesuka hati main ambil je. Tugasan yang diberikan oleh Prof pada Isnin yang lalu ialah kena ambil gambar Flatlay, Half Flatlay, Quarter Flatlay dan Zero Flatlay. Prof memberi arahan bahawa untuk mengambil gambar ini haruslah dari produk yang berbeza. Dalam masa yang sama, setiap kumpulan yang mengambil gambar sebarang jenis produk haruslah kreatif dalam menyusun produk itu. Dalam menjalankan tugasan ini, saya memperoleh banyak ilmu  baharu berkenaan dengan cara mengambil gambar dengan betul. Bukan senang nak menonjol bakat ni. Hanya dalam kelas Prof Normaliza je hehe. Terima kasih Prof atas tunjuk ajar yang diberikan. ;) 





Proses ambil gambar Flatlay haa ingat senang ke profesional iolss hahaha


Ni ler hasilnya Flatlay :)


Zero Flatlay 


Quarter Flatlay


Half Flatlay 


    

Tuesday, October 2, 2018

BBM3410: Jalan-jalan lagi yesss!

Hai semua buat apa tu? Tak keluar jalan-jalan ke hihi. Macam biasa saya ni pantang ada masa lapang terus rancang pergi jalan-jalan. Saya ni suka jalan-jalan tak kiralah tempat dekat je jauh ke asalkan boleh tenangkan fikiran. Minggu lepas saya dan kawan-kawan keluar pergi IKEA Cheras je semata-mata untuk makan dan sambil-sambil tu saya siapkan tugasan yang Prof bagi. Alaaa tugasan Potrait, Over the shoulder semua tu lah hehe sebab tak siap lagi. Gigihkan saya? hihi. Tapi sebab utama pergi sana untuk jalan-jalan sambil makan je sebab dua tu hobi saya. Bagi saya, pergi jalan-jalan dan makan boleh menggembira diri saya hehe. Awak pula bagaimana? Kalau serabut buat apa je hehe.














      Salah satu hobi saya ialah makan yum yum!

BBM3410: Tugasan atas talian gais 🤙🏼

Assalamualaikum semua :) Jumpa lagi kita dalam minggu ni hihi. Pada minggu lepas, kelas Multimedia dalam Bahasa tidak ada sebab Prof pergi keluar negara. Tetapi Prof tidak lupa bagi tugasan pada pelajar-pelajarnya. Prof hanya memberikan tugasan melalui online learning. Berdasarkan tugasan ini, setiap pelajar haruslah peka dengan arahan yang diberikan dalam Putrablast. Pelajar yang tidak menepati arahan yang diberikan tidak memperoleh markah. Tugasan yang diberikan oleh prof ialah berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap media sosial dan bincangkan satu jenis media sosial yang terdapat di dalam buku BOOM. Tugasan yang diberikan ini haruslah dikaitkan dengan bagaimana pelajar menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di Universiti. Tugasan ini bagi saya sangat bagus kerana dalam subjek Multimedia dalam Bahasa banyak mempelajari berkenaan dengan media sosial.  



Beli buku mahal-mahal kenalah selalu gunakan 🙊 

BBM3410: Makan makan makan yummy!

Assalamualaikum semua ;) Jumpa lagi kita hari ini. Minggu lepas Prof bagi tugasan yang sangat best iaitu kena pegi Pesta Makanan fuhh! Siapa tak suka kan kalau bab makan hahaha. Tapi... dalam masa yang sama Prof berikan saya tugasan iaitu kena ambil gambar di Pesta Makanan tu sebanyak 10 keping apalah Prof ni tugasan yang semua orang suka kot lagi lagi bergambar hihi. Masa dekat Pesta Makanan tu, tergugat sungguh iman sebab banyak betul makanan yang best best hehe lagi lagi ada  laksa kegemaran yum yum! Saya juga ada tengok demostrasi makanan tradisional yang diadakan. Tapi tak sangka pula dalam masa yang sama pihak TV3 datang merakam demostrasi makanan tu saya apa lagi jadi retis uolss masuk TV3 beb hahaha! Terima kasih kepada Prof sebab beri tugasan yang sebegini hihi ;)

Selain tugasan itu, saya dan ahli kumpulan juga diberikan tugasan mengambil gambar mug shot, long shot, medium shot, potrait, bird's eye view dan over the shoulder untuk dimuat naik dalam laman instagram.














Pesta Makanan Tradisional Melayu :)




                                                                 
                                                                                                    Potrait

                                                                                                Mug shot


                                                                                       Over the shoulder

                                                                         
                                                                                               Long shot


                                                                                        Bird's eye view


Medium shot

BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)