Wednesday, December 5, 2018

bbm3410/18: Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah

Ø Jalan cerita teratur
Dalam melaksanakan video ini, setiap kumpulan haruslah membuat jalan cerita yang menarik dan mempunyai klimaks agar isi utama yang hendak disampaikan dapat difahami oleh penonton. Misalnya, jalan cerita berkenaan dengan lagu yang dipilih mestilah teratur agar dapat difahami dengan jelas.


Ø Fokus kepada satu benda
Dalam menghasilkan video tanpa wajah ini, pelajar perlu menghasilkan sebuah video yang hanya memfokuskan kepada satu benda yang hendak disampaikan. Misalnya, sekiranya lagu itu menceritakan kesusahan hidup dan terpaksa mengemis maka fokus utama dalam cerita ini ialah bekas untuk pengemis meminta duit kepada orang lain.

Ø Menjiwai watak
Dalam menghasilkan video tersebut, setiap watak haruslah menjiwai lakonan watak yang dibawa supaya penonton dapat merasai apa yang hendak disampaikan.

Ø Logik
Dalam melaksanakan video tanpa wajah ini, jalan cerita video tersebut mestilah mempunyai logik agar penonton tidak tertanya-tanya.

Ø Bahagi masa dengan seimbang
Video tanpa wajah memerlukan kreativit setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu membahagikan masa dengan cukup untuk scene-scene tertentu agar tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap pada bahagian-bahagian tertentu.


BBM3410/18: One Shot

Video one shot

Ø Gerak mulut
Dalam menghasilkan video ini, setiap ahli kumpulan haruslah membuat gerak mulut ketika lagu dimainkan agar menampakkan dalam video itu bahawa ahli itu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.

Ø Mempunyai gaya
Video yang dihasilkan memerlukan gaya yang tersendiri berdasarkan lagu yang dipilih agar video tersebut lebih menarik dan tidak membosankan penonton.

Ø Fokus
Video yang dihasilkan mestilah memfokuskan kepada penyanyi. Sekiranya penyanyi itu sedang menyanyi maka penyanyi itu haruslah kedepan bagi menampakkan dirinya.

Ø One layer
Video one shot ini mempunyai one layer di mana semua ahli dalam kumpulan itu mestilah bergerak dan tidak ada yang kaku.

Ø Latar belakang
Dalam menghasilkan video ini, latar belakang haruslah bersesuaian dengan lagu yang dipilih agar ia dapat menarik perhatian penonton.

BBM3410/18: Papan Cerita


Ø Produk
E-majalah yang dihasilkan mestilah memfokuskan kepada satu produk. Misalnya, botol air. Botol air ini mestilah pelbagaikan bentuk dan warga agar dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya.

Ø Perancangan
F-majalah yang dihasilkan mestilah mempunyai perancangan dari ahli kumpulan agar E-majalah tersebut menarik. Misalnya, dalam E-majalah tersebut setiap ahli kumpulan mestilah merancang apa yang hendak diletakkan dalam E-majalah itu. Dengan adanya perancangan yang sebegini, E-majalah tersebut akan lebih menarik.

Ø Sidang mengarang
E-majalah yang dihasilkan mestilah mempunyai sidang mengarang. Misalnya, nama CEO, editor dan sebagainya. Dengan adanya sidang pengarang ini maka tugas setiap ahli akan lebih teratur.

Ø Draf
Sebelum menghasilkan E-majalah yang sebenar, seriap ahli kumpulan dikehendaki membuat draf terlebih dahulu. Misalnya, draf dari muka depan sehingga muka belakang. Dengan adanya draf yang sebegini, maka kejelasan untuk membuat E-majalah yang sebenar itu lebih terperinci.

Ø Proses pembuatan draf
Dalam menghasilkan E-majalah ini, terdapat proses pembuatan yang tertentu. Misalnya, melukis botol dengan teliti, meletakkan ciri-ciri botol tersebut, melatakkan harga dan meletakkan quotes. Dengan adanya proses yang sebegini maka dapat menghasilakan E-majalah yang menarik.

BBM3410/18: Asas Grafik

Asas grafik

Ø Mudah
Gambar asas grafik yang diambil mestilah mudah. Mudah yang dimaksudkan disini ialah orang lain faham akan maksud gambar tersebut. Misalnya, gambar permandangan di pantai. Berdasarkan gambar ini, orang yang melihatnya faham akan gambar tersebut.

Ø Keseimbangan
Gambar yang diambil mestilah seimbang. Misalnya, objek yang terdapat di tengah-tengah mestilah seimbang jaraknya antara kiri, kanan, atas dan bawah. Berdasarkan gambar ini, ia akan lebih nampak cantik dan menarik kerana seimbang.

Ø Kesesuaian
Gambar yang diambil mestilah bersesuai dengan latar belakang sesuatu gambar itu. Misalnya, apabila berpakaian baju sukan latar belakang yang besesuai mestilah padang. Berdasarkan gambar ini, kesesuaian itu sangat penting agar orang yang melihatnya tidak salah tafsir.

Ø Warna
Gambar yang diambil mestilah mempunyai wana yang menarik. Misalnya, warna pakaian yang dipakai. Berdasarkan warna ini, ia dapat memberikan emosi tertentu kepada individu tersebut.

Ø Teks
Gambar yang diambil mestilah meletakkan teks yang sesuai dengan gambar tersebut. Misalnya, mengambil gambar di ladang lembu. Oleh itu, teks yang bersesuai mestilah berkenaan dengan gambar tersebut. Jenis font, slogan dan tema juga memainkan peranan yang penting dalam meletakkan teks.





Thursday, November 15, 2018

BBM3410: Haaa gelabah kettew semua 😂

Macam biasa. Kalau kelas amali batal apa yang kita kena buat? Haaa tugasan online lah 😋
.
Tapi ni lain sikit, Prof suruh rakam video kita tengah buat kalendar dalam Adobe Photoshop dalam masa 3 minit dan kena update dalam blog. 😅
.
Pelik bukan? Tapi ni lah kreativiti tugasan Prof 🙈 Nasib saya dah pro buat kalendar ni kalau tak jenuh juga lah nak buat kalendar tu hihi 💪🏼
.
Sebenarnya gelabah jugalah sebab yelah Prof gtau tugasan tu lambat lepastu pukul 2 ada kelas haa tak ke gelabah tu hahaha
.
Tapi saya okay je sebab semua tugasan Prof santai je tak stress pun 🙈
.
Bagi markah lebih ye Prof 😍♥😘😋




BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)