Sahabat. Indah bunyinya. Namun, lagi indah jika persabahatan kita bersulamkan dengan keikhlasan. Tak sangka, dari sekolah menengah sampai sekarang kita masih lagi bersahabat. Dari kenal biasa-biasa sampai kita rapat tak terkata. Pelik, tiba-tiba kita rapat. Bertukar idea. Bercerita tak ingat dunia. Menangis tanpa kata. Semua sebab tiba-tiba. Tiba-tiba ke? Tidak. Aku rasa ini semua ketentuan dariNya. Yang pasti aku sangat bersyukur punya sahabat seperti kamu. Yang ada tidak kira masa, tegur atas dasar sayang. Bertuahkan aku? Ada masa kita gelak sakan. Ada masa kita
serious muka masam cuka. Ada masa kita kongsi suka dan duka. Aku tahu, bukan senang nak ikat pertalian persahabatan seperti ini. Tapi, kerana setiap perbuatan atas landasan kasih sayang keranaNya, sampai sekarang kita bersahabat. Dan berharap, agar tali persahabatan ini bukan hanya di dunia semata-mata. Tapi, biarlah hingga ke syurga. Cuma satu pesan aku, jika aku tidak bersamamu kelak maka tariklah aku ke pintu syurga. :’)
Bergaduh? Itu normal. Pasangan bercinta pun selalu bergaduh apatah lagi dalam persahabatan. Nak cakap pasal gaduh ni banyak kali bergaduh. Tapi kita semua matang boleh
handle cara dewasa kan? hahahaha padahal kalau dah merajuk tu
masyaAllah :P Yang pastinya dalam persabatan lagi
sweet dari pasangan yang bercinta kot hahaha.
Rindu. Rindu pada kenangan lalu. Yang paginya pegi sekolah
stay sampai petang
study sama-sama. Kalaulah aku boleh undur masa. Pasti aku putarkan masa kita di bangku sekolah. Rindu pada Sofiyyah yang dalam lembutnya ada tegasnya, Rindu pada Kamilah yang diamnya ada buah bicaranya. Rindu pada Mimi yang santunnya ada pendirian yang sendiri. Rindu pada Rabeah yang bisingnya selalu menceriakan orang.
Harap lepas awak semua baca ni nangislah ye :P Orang tak penah lupa pasal kita, cuma waktu yang tak menginzinkan untuk kita bersua. Rindu nak lepak tidur makan sama-sama :') Pernah rindu kenangan lama sampai menitis air mata? Ye sayalah tu :( Bila kita nak jalan-jalan lagi? Rindu nak macam dulu :') Sayang semua keranaNya. <3
Rindu :')
Nah untuk awak yang rindu saya :P