Tuesday, November 6, 2018

BBM3410: Hatyai jom! :')

Sebenarnya aku teringin gila nak pegi Hatyai 😭 Sebab aku tengok makanan kat sana semua sedap-sedap mur-mur pula tu πŸ˜‚ Nak pegi tapi aku takde geng 😭 Kalau aku pegi sorang sah-sah lah mak aku tak bagi ahahaha
.
Aku ni memang kaki travel lah katakan. Tapi aku tak penah lagi ‘travel food’ πŸ˜‹πŸ˜‹. Sebab tu teringin nak pegi masa aku praktikal lagi rancang nak pegi tapi sampai kesudah takde orang nak teman aku hahahaha kesian.
.
Jadi angan-angan aku sekarang aku nak lah kan cari jodoh yang kaki travel baru best nak pegi mana-mana terus pegi hahaha tapi tu hanya angan-angan lah sebab angan-angan aku nak siapkan Fyp secepat mungkin pun tinggal angan-angan. πŸ˜‚
.
Kawan kaki travel tu ada je tapi susah pula sebab jadual tak sama 😭
.
Jadi cuma nak tanya, ada ke sape-sape sudi nak teman saya pergi Hatyai please πŸ˜­πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌπŸ˜‹
















Amacam tergugat tak tengok makanan tu? Hehe 

Ni salah satu IG travel yang menawarkan pakej dengan harga murah hihi

BBM3410: Okay? Okay

Tak stress pun saya okay je bila waktu cuti pun Prof still bagi tugasan. Simple je kot ambil gambar tangan buat simbol πŸ‘ŒπŸΌ lepastu upload dalam instagram masing-masing. Semudah Abc bukan? Hehe
.
Tapi tu lah Prof bila cuti ni saya tak tengok sangat fon dan saya pasti kawan-kawan saya yang lain pun macam tu πŸ™ˆ Tapi demi nak cuti kan hehe saya selalu tengok fon nak tahu perkembangan cuti hari isnin tu jadi ke tak 😭
.
Prof ni sweet lah, nak gtau hari Isnin tu cuti pun sanggup update blog demi kami semua hehe sata baca blog sambil gelak guling-guling tau. Tipu je gelak malu-malu je hehe 😜 Apa-apa pun terima kasih Prof sebab bagi cuti lebih hehe.
.
Tapi untuk pengetahuan Prof, group Whatsapp kelas saya kecoh sangat Prof sebab tugasan Prof tu. Sebab sorang pelajar tak pun tapi tak tahu indentitinya siapa. Aneh bukan? Dan dan pula waktu Prof nak tahu sebelum 8PM tu dah cukup 80 orang pelajar post πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Cuti-cuti pun saya sentiasa ingat tugasan Prof tapi tu lah ingat je buat tu tak pun maaf Prof 😭




Comel kan Prof saya ni? Jarang saya dapat tugasan macam ni hehe :P 



Cuti lebih? Sah-sah lah terlebih Okay hahaha



Komen dan Like yang paling berharga hiks



Gigihkan kawan-kawan saya ni nak cuti lebih hahaha

BBM3410: Sabah bah ini ;)

Ni lah dia. Pendengar setia aku. Tapi tak lah setia mana pun sebab tak selalu baik banyak ke arah tak puas hati je keje 😭 Memang macam tu ke? Hm
.
Kenal masa sekolah kat Sabah. Kenal gitu-gitu je tapi rapat sejak tingkatan 2 sampailah sekarang fuyohhh! Tapi pernah terputus hubungan sebab yelaa aku kena pindah kampung asal aku lah kan stay negeri orang lama-lama buat apa jodoh kat sini dah memanggil-manggil suruh balik kampung hahaha πŸ‘» Tapi sekarang dah sambung balik sebab kan ada muka buku gittew 😜
.
Dia ni senior aku tua setahun lah aku pula muda 3 tahun dari dia. Eh πŸ˜‚ hahaha
.
Dia ni dulu masa kat sekolah aku perati je suka merayau-rayau macam pengawal sekolah tu yang ronda-ronda sekolah tu kenal kan? Haa gitulah dia ni. Tapi aku kan baik mestilah pilih kawan yang baik dia ni baik jangan risau siapa nak kenal pm pm kita sa boleh bagi kau number dia bah jangan ko risau haa nah keluar sudah sa punya slang Sabah tu ah πŸ™Š
.
Ni bukan perhubungan Jarak Jauh tapi ni Persahabatan Jarak Jauh gittew hahaha sebab contact melalui Whatsapp je tak pun kalau ada apa apa call susah nak jumpa sebab jauh tapi aku penah je melawat dia. Tapi sedihnya dia tak penah melawat aku sini 😭 Takpe tak kisah pun aku okay je :’)
.
Apa-apa pun terima kasih ler sebab selalu jadi pendengar setia tak setia aku πŸ‘» Kekadang dia banyak bagi pendapat bila aku perlukan tapi tu lah pendapatkan tak semstinya kita kena terima sebab banyak mende kita kena pertimbangkan. Dia suka marah aku sebab bila dah bagi pendapat tapi aku tak ikut πŸ˜‚ Lek ah chill lah πŸ€™πŸΌ Lepasni selalu selalu lah bagi pendapat ya 😜
.
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Aku tahu aku tak lah baik mana kawan dengan kau tapi aku terlalu baik kan jadi kawan kau hahahaha okay tipu. Terima kasih sebab selalu ada bila aku perlukan. 😊Semoga kau selalu sihat. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Maaf salah silap aku πŸ€— Apa-apa pun aku sayang kau ngat-ngat tau πŸ‘»πŸ˜♥


Aisyah Asrul 


Ni masa aku pegi Sabah sebab nak jumpa dia lah -,-

BBM3410: Confirm aku femes lepasni haha!

Hm sejujurnya masa mula-mula masuk kelas Prof dulu rasa macam berat je subjek ni. Macam payah je. Macam beban je. Tapi bila dah berminggu-minggu bersama Prof cewah sweet plak hehe tapi bila dah kenal Prof macam mana rasa macam masuk kelas maharajalawak. Masuk kelas je kalau tak gelak tak sah best giler weh 😭😭
.
Ni malas ni bila dah suka tu tiba-tiba pula dah last sem nanti macam mana saya nak jumpa Prof lagi? πŸ€” Perlu ke saya sambung Master bawah seliaan Prof? Ehehehe
.
Hm sem ni saya rasa macam saya ambil subjek IT sebab banyak belajar berkenaan dengan IT. Sampai semua laman sosial kena guna untuk tugasan. Saya tak kisah pun boleh turut femes macam Prof kan? Hehehe
.
Tugasan Prof yang paling best setakat ni ialah kena buat video ‘one shot’. Bagi saya dengan adanya tugasan ni saya boleh ‘release stress’ sebab santai je hehe.
.
Tapi Prof 😒 Satu je kenapa Prof bagi tugasan ni sebelum cuti midsem dan buka cuti midsem terus kena bentang? Terus kelam kabut saya dan ahli group bincang pasal tugasan Prof yang ni hahaha πŸ˜‚
.
Keseluruhan saya suka dengan tugasan Prof yang ni hehehe yang penting komitmen dan kerjasama ahli kumpulan tu sangat perlu kan Prof?
.
Nanti Prof like dan komen lah video kumpulan saya tu kat YouTube Prof nak juga femes sekali sekala πŸ‘»πŸ‘»
.
Saja nak share ni link video kumpulan kami hehe https://youtu.be/MnJ3oHNInwo





Mawar Produksi ;)



Haa ni lah ahli kumpulan saya Prof hehe 



Banyak kali shoot pening dah nak pilih mana satu ahahah



Kasi can lah selfie dulu :P



Banyak dugaan tapi kami tetap enjoy ;)


BBM3410: Matang ke aku? Hm

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dulu kita sama-sama tak matang. Umur je makin meningkat tapi perangai macam budak-budak. Sampaikan family cakap macam budak terencat akal 😭 Kekadang aku fikir gak aku yang tak normal ke atau orang yang cakap tu tak normal.πŸ‘»πŸ˜­πŸ€”
.
Tapi tu dulu. Bila kita semua bujang hehe. Sekarang dah lain nak cakap matang tu tak lah matang tapi perangai budak-budak tu makin menjadi-jadi gilanya. 😭 Tapi aku sorang jelaa. Memandangkan kakak aku yang paling rapat dengan aku dah kawin Mac lalu. Happy? Entahlah sebab kekadang aku rasa kehilangan. Tapi tu dulu. Sekarang aku boleh terima yang dia dah bersuami. 😭 Nama je ada suami tapi bila jumpa aku perangai sama je hahaha πŸ˜‘πŸ˜‘
.
Nak buat perangai gila-gila dengan adik bongsu aku? Memang tak lah sebab perangai dia mengalahkan kak long 😌 Sebabtu orang ingat aku bongsu dan dia kakak aku ahahaha lek dik gurau-gurau 😚 Tapi hakikatnya memang macam tu lah memang orang ingat aku adik dia πŸ˜­πŸ‘»
.
Jadi sekarang ni bila nak buat perangai gila-gila terpaksa buat sorang sebab xdok geng 😒 Tapi takpe nasib mak aku layankan je perangai aku ahahaha πŸ˜‚πŸ˜…
.
Doakan supaya suatu hari nanti aku akan matang jadi bolehlah kawin kan? ahahaha k gurau. -.-




Ni masa dia tunang tahun lepas haa happy lah tu tinggalkan aku -,-




Acah ayu je semua padahal ganas ahahaha




Ni masa dia kawin Mac lalu, perasaan tu tak tahulah happy ke sedih ;(

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410: Geng bujang Kharmaz uolss ;)

Rindu. Rindu pada mak dan adik-adik. Eh silap. Rindu kat mak je adik-adik tak pun. Selalu je gaduh hahaha tapi tu normal lah kan? Adik-adik aku ni biasalah bila aku balik selalu cari pasal gaduh tapi bila aku dah balik kolej eh duk ws aku tanya bila plak nak balik rumah pehal hahahaha. Tapi hakikatnya aku yang selalu cari pasal hahahah.Sebenarnya aku ni seorang yang bising bila kat rumah seorang penghibur jadi bila aku dah takde sunyilah rumah tu ye dok? hahaha sabar ye adik-adikku sayang minggu depan gue balik jangan lupa hamparkan karpet merah ye depan rumah hehehe. Sebenarnya dah tak boleh duduk lama kat kolej ni sebab dah rindu gila kat mak :') Rindu masakan mak lebih-lebih lagi hehe.

Rindu adik-adik jelaa memandangkan kakak abang semua dah kahwin sibuk dengan kerja anak masing-masing. Nasib aku tak kahwin lagi boleh duk santai-santai rilek gittew hahaha :D


Rindu yang tengah je :')



Pilih ler nak yang mana? hahaha


Rindu :')




BBM3410: Tentang kita, ya KITA.

Sahabat. Indah bunyinya. Namun, lagi indah jika persabahatan kita bersulamkan dengan keikhlasan. Tak sangka, dari sekolah menengah sampai sekarang kita masih lagi bersahabat. Dari kenal biasa-biasa sampai kita rapat tak terkata. Pelik, tiba-tiba kita rapat. Bertukar idea. Bercerita tak ingat dunia. Menangis tanpa kata. Semua sebab tiba-tiba. Tiba-tiba ke? Tidak. Aku rasa ini semua ketentuan dariNya. Yang pasti aku sangat bersyukur punya sahabat seperti kamu. Yang ada tidak kira masa, tegur atas dasar sayang. Bertuahkan aku? Ada masa kita gelak sakan. Ada masa kita serious muka masam cuka. Ada masa kita kongsi suka dan duka. Aku tahu, bukan senang nak ikat pertalian persahabatan seperti ini. Tapi, kerana setiap perbuatan atas landasan kasih sayang keranaNya, sampai sekarang kita bersahabat. Dan berharap, agar tali persahabatan ini bukan hanya di dunia semata-mata. Tapi, biarlah hingga ke syurga. Cuma satu pesan aku, jika aku tidak bersamamu kelak maka tariklah aku ke pintu syurga. :’)

Bergaduh? Itu normal. Pasangan bercinta pun selalu bergaduh apatah lagi dalam persahabatan. Nak cakap pasal gaduh ni banyak kali bergaduh. Tapi kita semua matang boleh handle cara dewasa kan? hahahaha padahal kalau dah merajuk tu masyaAllah :P Yang pastinya dalam persabatan lagi sweet dari pasangan yang bercinta kot hahaha.

Rindu. Rindu pada kenangan lalu. Yang paginya pegi sekolah stay sampai petang study sama-sama. Kalaulah aku boleh undur masa. Pasti aku putarkan masa kita di bangku sekolah. Rindu pada Sofiyyah yang dalam lembutnya ada tegasnya, Rindu pada Kamilah yang diamnya ada buah bicaranya. Rindu pada Mimi yang santunnya ada pendirian yang sendiri. Rindu pada Rabeah yang bisingnya selalu menceriakan orang.

Harap lepas awak semua baca ni nangislah ye :P Orang tak penah lupa pasal kita, cuma waktu yang tak menginzinkan untuk kita bersua. Rindu nak lepak tidur makan sama-sama :') Pernah rindu kenangan lama sampai menitis air mata? Ye sayalah tu :( Bila kita nak jalan-jalan lagi? Rindu nak macam dulu :') Sayang semua keranaNya. <3


Rindu :')



Nah untuk awak yang rindu saya :P
                                           

BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)