Wednesday, December 5, 2018

bbm3410/18: Tanpa Wajah

Video Tanpa Wajah

Ø Jalan cerita teratur
Dalam melaksanakan video ini, setiap kumpulan haruslah membuat jalan cerita yang menarik dan mempunyai klimaks agar isi utama yang hendak disampaikan dapat difahami oleh penonton. Misalnya, jalan cerita berkenaan dengan lagu yang dipilih mestilah teratur agar dapat difahami dengan jelas.


Ø Fokus kepada satu benda
Dalam menghasilkan video tanpa wajah ini, pelajar perlu menghasilkan sebuah video yang hanya memfokuskan kepada satu benda yang hendak disampaikan. Misalnya, sekiranya lagu itu menceritakan kesusahan hidup dan terpaksa mengemis maka fokus utama dalam cerita ini ialah bekas untuk pengemis meminta duit kepada orang lain.

Ø Menjiwai watak
Dalam menghasilkan video tersebut, setiap watak haruslah menjiwai lakonan watak yang dibawa supaya penonton dapat merasai apa yang hendak disampaikan.

Ø Logik
Dalam melaksanakan video tanpa wajah ini, jalan cerita video tersebut mestilah mempunyai logik agar penonton tidak tertanya-tanya.

Ø Bahagi masa dengan seimbang
Video tanpa wajah memerlukan kreativit setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu membahagikan masa dengan cukup untuk scene-scene tertentu agar tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap pada bahagian-bahagian tertentu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)