Friday, November 9, 2018

BBM3410: Siapa tahu, dari benci terus jatuh cinta ;)

Adobe photoshop? Apa tu? Aku sendiri pun tak tahu apa yang Prof suruh buat. Tapi bila GRF Prof terangkan kena buat itu ini ahhhhhhh stressnya! 😭😭😭😭😭 Sebab aku tak penah guna tu bila dah cuba guna tetap rasa stress sebab macam susah je nak buat 😭😭😭
.
Bila dah rasa macam susah tu tahu-tahu jelaa semua mende buat tak jadi mood nak buat pun hilang πŸ˜‚ Fedap pun ada gak kekadang sebab tak reti kan 😭 Tapi ada je minta kawan ajarkan tapi tulah rasa serba salah sebab selalu je suruh ajar dan tanya itu ini πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌ
.
Bila takde mood tu aku apa lagi selalu tangguhkan buat kalendar yang Prof suruh tu. Yang peliknya orang lain semua tekun buat aku sorang jeke yang takde mood nak buat? πŸ€”
.
Tapi siapa sangka, sejak cuti midsem haritu aku tetiba suka pula buat kalendar kat Adobe Photoshop ni. Nak tahu kenapa? Mula-mula memang aku rasa terpaksa tapi bila aku betul-betul suruh orang yang handal dalam Adobe Photoshop ni ajar aku pehhhhh best buat tu sampi tak tidur malam pun takpe πŸ˜πŸ‘»
.
Minat mula datang tu pun sebab yelah kena siapkan sampai Mei buka cuti midsem sebab tu tekun kena buat juga tapi siapa sangka dari terpaksa sekarang dah sukarela buat tanpa disuruh haa gittew hihi 😜😍
.
Aku nak bagi kredit lah dekat Syaqinah Sakal sebab tanpa jemu dia selalu memberi tunjuk ajar macam mana cara-cara nak buat kalendar ni dengan betul. Paling best dia ajar satu-satu siap hantar video lagi 😭😭😭 Terharu sis hihi. Aku ni tak kira waktu selalu kacau dia tanya macam-macam hahaha kesian dia nak buat Fyp tergendala 😜 Sorry Qina πŸ‘» Terima kasih Qina ♥
.
Tak lupa juga pada roomate dan kawan yang lain sebab bagi tunjuk ajar juga hehe ♥
.
Dan sekarang aku dah jadi suka buat kalendar kat Adobe Photoshop ni. Yang pasti kesabaran dan ketelitian kena tinggi beb! Hahaha πŸ’ͺπŸΌπŸ€™πŸΌ
.
Nak cakap aku buat cantik tu tak lah sangat tapi aku rasa cantik sangat pada pandangan mata aku 😜 Yelah kalau bukan aku siapa lagi nk puji kan ehehehe
.
Minggu depan sepatutnya kena siapkan dari bulan September sampai Disember tapi sekarang aku dah siap untuk setahun. Amacam? Betulkan kalau dah minat semua keje jadi mudah hehehe. 😍 Semoga Prof pun suka kalendar yang saya buat ni πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌ Bagi markah lebih tau Prof kat saya hehe πŸ˜‹
.
Ingatlah, sesusah mana pun sesuatu pekerjaan itu pasti akan ada senangnya pada kemudian hari. Cuma satu, tanamlah sikap untuk menyukainya dahulu agar kita akan berusaha mempelajarinya dan terus membuat yang terbaik ♥😍
.
Terima kasih juga pada Prof, sebab memberi ruang dan peluang pada saya untuk mempelajari perkara yang baharu πŸ’ž




Amacam? Cantik tak? Tapi nak kena edit lagi sikit hehe

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)