.
Saya okay je Prof bagi tugasan sebab tugasan Prof tu kan semudah Abc je 🙈 Tapi tu lah kalau cuti kat rumah mesti bangun lambat kan? Haaa itu yang susah bagi saya sebab tugasan Prof ni kena bangun awal kena tengok Tv sebab Prof kan femes masuk Tv 😍
.
Tugasan Prof ni simple je ambil gambar dia kat Tv siaran Al hijrah tu sebab Prof ada membincangkan mengenai Martabat Bahasa Melayu dan Pengharmonian Kaum. Fuhhh! Prof saya ni hebat lah sebab tak gementar langsung! Dah lah berhadapan dengan Asyraf Muslim 😍 Hehe tapi sungguh Prof saya tengok Prof tak tengok sangat pun Asyraf Muslim hiks 🙊
.
Macam biasa, dah ambil gambar tu kena post lah kat Instagram. Lepastu hashtag macam biasa. Prof kata, nak cukup kan 80 orang hashtag tu tapi part ni memang pelik bin ajaib. Sebabnya semua orang dah post tapi jumlah hashtag tetap 79 😂😂😂
.
Sebabkan hashtag 79 ni lah Prof dah tak nak bagi cuti utk hari Khamis 😂😂😂 Tapi saya okay je sebab saya dah beli tiket balik 😋 Dan saya kan dah suka buat kalendar jadi tak stress pun kalau kelas amali tetap ada hehe 😍
.
Dah post kat Instagram tu macam biasa lah saya suka kalau dapat notifikasi ‘like & comment’ dari Prof. Tersengih sorang-sorang saya. Macam dapat notifikasi dari bf 😜😍
.
‘Like & comment’ Prof ni kan mahal sebab ada markah hehehe 🙊 Terima kasih Prof sebab selalu permudahkan urusan saya hehe
.
Sejujurnya saya suka cara Prof mengajar saya 😍
Semoga Prof selalu diberikan kesihatan untuk mengajar kami semua hehe 😍
Siapa bangun lambat tu mesti kelam-kabut hahaha 😂
Cantikkan Prof kita? 😍😍😍
Nak cuti lebih kan? haaa pandai-pandailah buat tugasan semudah Abc ni ye 😜
Macam biasa, Prof tak pernah mengecewakan saya hehe terima kasih Prof 🙊😍
No comments:
Post a Comment