Thursday, November 15, 2018

BBM3410: Haaa gelabah kettew semua πŸ˜‚

Macam biasa. Kalau kelas amali batal apa yang kita kena buat? Haaa tugasan online lah πŸ˜‹
.
Tapi ni lain sikit, Prof suruh rakam video kita tengah buat kalendar dalam Adobe Photoshop dalam masa 3 minit dan kena update dalam blog. πŸ˜…
.
Pelik bukan? Tapi ni lah kreativiti tugasan Prof πŸ™ˆ Nasib saya dah pro buat kalendar ni kalau tak jenuh juga lah nak buat kalendar tu hihi πŸ’ͺ🏼
.
Sebenarnya gelabah jugalah sebab yelah Prof gtau tugasan tu lambat lepastu pukul 2 ada kelas haa tak ke gelabah tu hahaha
.
Tapi saya okay je sebab semua tugasan Prof santai je tak stress pun πŸ™ˆ
.
Bagi markah lebih ye Prof 😍♥πŸ˜˜πŸ˜‹




Monday, November 12, 2018

BBM3410: Terliur kettew? πŸ˜‹

Mesti ‘roomate’ aku happy, yelah dari sem 1 sampai sem 7 aku tak penah bawak keropok lekor balik kolej πŸ˜‚ Dah sem 7 ni baru terbuka hati nak bawak keropok lekor ahahaha πŸ˜‚
.
Fuhhh bukan main sedap lagi ‘roomate’ aku cakap. Aku tak tahulah sebab lapar ke atau sebab memamg sedap πŸ˜…πŸ˜‚ Yang pastinya dorang makan rakus gila macam tak makan sebulan. Termasuklah aku πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Agaknya memang sedaplah tu kan? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ Rasanya orang yang tak pernah makan kena try makan kot sebab bila dah makan pasti nak lagi πŸ˜œπŸ˜‹
.
Makan keropok lekor ni sambil hujan lepastu mkn panas-panas fuhhh! Nikmat gila! πŸ˜‹
.
Eh dan dan pula masa makan keropok lekor teringat tugasan kat twitter ahahaha 😭
.
Orang cakap sambil menyelam minum air jadi sambil makan keropok lekor tu tweet lah kan bagi jeles kat semua orang ahahaha πŸ˜œπŸ‘»
.
Prof nak rasa? Saya boleh bawa dari Teganu hehe mesti Prof makan tak benti nanti sebab sedap ngat ngat πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
.
Siapa yang nak keropok lekor tu meh ler mai Ganu boh! ♥😍



Guna 'rice cooker' je mampu πŸ˜‚


Sedap sangat πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Nak ke?


Sambil-sambil tu apa lagi, lupa nak reply komen Prof haritu. Jadi sambil makan kepok leko panah-panah ni saya reply lah komen Prof tu.πŸ˜‹Hehe terima kasih Prof atas komen yang berharga itu. 😒♥
.
InsyaAllah saya akan jaga mak saya macam saya jaga nyawa saya sendiri :’)😒♥😍



:’)😒♥😍



BBM3410: Fuhh nasib Prof suka kat Syinta Gila ni 😍

Fuhhh! Tak sia-sia praktis utk video One Shot πŸ˜‚ Punya susah nak set masa nak praktis nak shoot sebab jadual tak sama kan dengan ahli kumpulan lain 😭
.
Tapiiiii! Mungkin sebab kesungguhan dan komitmen ahli kumpulan dalam tugasan ni kita berjaya hasilkan video yang terbaik 😍
.
Sebenarnya excited nak present video One Shot ni sebab yelah dah banyak kali praktis banyak kali shoot mestilah nak tahu apa komen Prof kan πŸ€”
.
Tak sangka kumpulan kami antara kumpulan yang menghasilkan video One Shot yang menarik πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Bukan senang Prof nak puji πŸ‘» Tapi bila dah dapat pujian tu rasa macam semangat pulok nak buat tugasan yang seterusnya πŸ˜‹
.
Harap kumpulan saya konsisten lah jadi kumpulan   yang terbaik untuk tugasan yang seterusnya. πŸ’ͺπŸΌπŸ€™πŸΌ
.
Bukan nak bangga tapi terlalu bangga hahahah (tiru style Prof 😜) sebab jadi contoh kepada kumpulan yang lain 😊
.
Bagi saya semua kumpulan hasilkan video yang menarik dengan idea dan kreativiti masing-masing πŸ€—
.
Ayuhhh fikir untuk tugasan yang seterusnya pula πŸ’ͺ🏼
.
Terima kasih Prof atas pujian tu akanku kenang sampai bila-bila 😍♥
.
Ohya Prof! Mak saya tahu saya buat tugasan video ni saya excited sangat sampai saya Whatsapp dia gtau yang Prof puji kumpulan saya πŸ™ˆπŸ˜‹♥
.
Mestilah mak saya pun bangga ♥😍



    Khusyuknya Prof  😜



Terima kasih semua sebab beri perhatian kat Syinta Gila πŸ˜‚


BBM3410: Jogging jom!


Hai semua, apa kabo sihat ke tu? Hihi. Cuma nak kongsi minggu lepas saya gembira gila sebab dapat pergi jogging dengan kawan-kawan. πŸƒ‍♀πŸƒ‍♂
.
Bukan apa niat nak pergi jongging tu dah lama tapi takde siapa nak temankan jadi bila orang dah ajak jogging tu gembira kemain lagi haha. Maklumlah dah akhir sem ni kena siapkan PITA, tugasan, perbentangan lagi, perbincangan LAX lagi. Banyak mende nak kena siapkan jadi dengan pergi jogging saya rasa sangat teruja sebab boleh tenangkan fikiran yang tengah serabut haha. πŸ™†‍♀
.

Cuma nak cakap takdelah sampai jogging 10 bulatan tapi cukuplah dapat ambil udara segar hihi. Harap siapa yang baca ni dan suka pergi jogging lepasni bolehlah ajak sekali hehe ;)



Happy uolss dapat jogging  πŸ˜œ


Jogging 10 round habis kasut dah haus hahaha



Selfie tu semestinya  πŸ˜œ


  Jogging di Bukit Ekspo je mampu ;)

Saturday, November 10, 2018

BBM3410: Demi Hada Labo 😭😍

Haaa takde kelas kan. Apa lagi ronda-ronda The Mines jelaa mampu hahaha πŸ˜‚
.
Macam biasa ler kelas Jumaat takde jadi masa ni lah nak beli barang ke makan sedap sedap ke πŸ˜‹
.
Point utama nak beli The Mines sebab nak beli produk Hada Labo je 😭 Muka rosak sikit sebab salah pakai produk jadi nak lah cuba Hada Labo ni plak hehe
.
Tapi malangnya, dari Terengganu ke Selangor ni haaa duk cari Hada Labo tetap takde 😭 memang semua orang pakai Hada Labo ke apa sampai stok habis πŸ˜‘ pergi Guardian takde Watson’s pun takde 😭
.
Tapi, mungkin rezeki aku kan. Last tempat aku pergi masa kat Watson’s The Mines akhirnya aku jumpa ‘set trial’ Hada Labo 😍😍😍 Tinggal satu je wehhhh aku apa lagi cepat-cepat ambil hahahaha rezeki aku kan? 😍
.
Semoga kulit muka saya ni peloles macam Prof 😍Nak juga cantik dan berseri macan Prof saya hehehe πŸ™†πŸΌ‍♀😍




Point utama pegi The Mines 😍



Bukan selalu dating dengan mek Klate πŸ˜‹



Ni point kedua pegi The Mines hahaha πŸ˜‹



Ni haa The Mines tu lama gila tak pegi sejak ada IOI hehe 😜

BBM3410: Jom femeskan Prof dua saat! 😜

Yeayyyyy Prof bagi cuti lebih hari Isnin siapa tak suka kan? 😍 Tapiiiiiiiiii! Ingat semudah Abc ke Prof bagi cuti tapi tanpa tugasan πŸ€” kan? Hahahaha
.
Saya okay je Prof bagi tugasan sebab tugasan Prof tu kan semudah Abc je πŸ™ˆ Tapi tu lah kalau cuti kat rumah mesti bangun lambat kan? Haaa itu yang susah bagi saya sebab tugasan Prof ni kena bangun awal kena tengok Tv sebab Prof kan femes masuk Tv 😍
.
Tugasan Prof ni simple je ambil gambar dia kat Tv siaran Al hijrah tu sebab Prof ada membincangkan mengenai Martabat Bahasa Melayu dan Pengharmonian Kaum. Fuhhh! Prof saya ni hebat lah sebab tak gementar langsung! Dah lah berhadapan dengan Asyraf Muslim 😍 Hehe tapi sungguh Prof saya tengok Prof tak tengok sangat pun Asyraf Muslim hiks πŸ™Š
.
Macam biasa, dah ambil gambar tu kena post lah kat Instagram. Lepastu hashtag macam biasa. Prof kata, nak cukup kan 80 orang hashtag tu tapi part ni memang pelik bin ajaib. Sebabnya semua orang dah post tapi jumlah hashtag tetap 79 πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Sebabkan hashtag 79 ni lah Prof dah tak nak bagi cuti utk hari Khamis πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi saya okay je sebab saya dah beli tiket balik πŸ˜‹ Dan saya kan dah suka buat kalendar jadi tak stress pun kalau kelas amali tetap ada hehe 😍
.
Dah post kat Instagram tu macam biasa lah saya suka kalau dapat notifikasi ‘like & comment’ dari Prof. Tersengih sorang-sorang saya. Macam dapat notifikasi dari bf 😜😍
.
‘Like & comment’ Prof ni kan mahal sebab ada markah hehehe πŸ™Š Terima kasih Prof sebab selalu permudahkan urusan saya hehe
.
Sejujurnya saya suka cara Prof mengajar saya 😍
Semoga Prof selalu diberikan kesihatan untuk mengajar kami semua hehe 😍



Siapa bangun lambat tu mesti kelam-kabut hahaha  πŸ˜‚



Cantikkan Prof kita? 😍😍😍



Nak cuti lebih kan? haaa pandai-pandailah buat tugasan semudah Abc ni ye 😜




Macam biasa, Prof tak pernah mengecewakan saya hehe terima kasih Prof πŸ™ŠπŸ˜

Friday, November 9, 2018

BBM3410: Siapa tahu, dari benci terus jatuh cinta ;)

Adobe photoshop? Apa tu? Aku sendiri pun tak tahu apa yang Prof suruh buat. Tapi bila GRF Prof terangkan kena buat itu ini ahhhhhhh stressnya! 😭😭😭😭😭 Sebab aku tak penah guna tu bila dah cuba guna tetap rasa stress sebab macam susah je nak buat 😭😭😭
.
Bila dah rasa macam susah tu tahu-tahu jelaa semua mende buat tak jadi mood nak buat pun hilang πŸ˜‚ Fedap pun ada gak kekadang sebab tak reti kan 😭 Tapi ada je minta kawan ajarkan tapi tulah rasa serba salah sebab selalu je suruh ajar dan tanya itu ini πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌ
.
Bila takde mood tu aku apa lagi selalu tangguhkan buat kalendar yang Prof suruh tu. Yang peliknya orang lain semua tekun buat aku sorang jeke yang takde mood nak buat? πŸ€”
.
Tapi siapa sangka, sejak cuti midsem haritu aku tetiba suka pula buat kalendar kat Adobe Photoshop ni. Nak tahu kenapa? Mula-mula memang aku rasa terpaksa tapi bila aku betul-betul suruh orang yang handal dalam Adobe Photoshop ni ajar aku pehhhhh best buat tu sampi tak tidur malam pun takpe πŸ˜πŸ‘»
.
Minat mula datang tu pun sebab yelah kena siapkan sampai Mei buka cuti midsem sebab tu tekun kena buat juga tapi siapa sangka dari terpaksa sekarang dah sukarela buat tanpa disuruh haa gittew hihi 😜😍
.
Aku nak bagi kredit lah dekat Syaqinah Sakal sebab tanpa jemu dia selalu memberi tunjuk ajar macam mana cara-cara nak buat kalendar ni dengan betul. Paling best dia ajar satu-satu siap hantar video lagi 😭😭😭 Terharu sis hihi. Aku ni tak kira waktu selalu kacau dia tanya macam-macam hahaha kesian dia nak buat Fyp tergendala 😜 Sorry Qina πŸ‘» Terima kasih Qina ♥
.
Tak lupa juga pada roomate dan kawan yang lain sebab bagi tunjuk ajar juga hehe ♥
.
Dan sekarang aku dah jadi suka buat kalendar kat Adobe Photoshop ni. Yang pasti kesabaran dan ketelitian kena tinggi beb! Hahaha πŸ’ͺπŸΌπŸ€™πŸΌ
.
Nak cakap aku buat cantik tu tak lah sangat tapi aku rasa cantik sangat pada pandangan mata aku 😜 Yelah kalau bukan aku siapa lagi nk puji kan ehehehe
.
Minggu depan sepatutnya kena siapkan dari bulan September sampai Disember tapi sekarang aku dah siap untuk setahun. Amacam? Betulkan kalau dah minat semua keje jadi mudah hehehe. 😍 Semoga Prof pun suka kalendar yang saya buat ni πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌ Bagi markah lebih tau Prof kat saya hehe πŸ˜‹
.
Ingatlah, sesusah mana pun sesuatu pekerjaan itu pasti akan ada senangnya pada kemudian hari. Cuma satu, tanamlah sikap untuk menyukainya dahulu agar kita akan berusaha mempelajarinya dan terus membuat yang terbaik ♥😍
.
Terima kasih juga pada Prof, sebab memberi ruang dan peluang pada saya untuk mempelajari perkara yang baharu πŸ’ž




Amacam? Cantik tak? Tapi nak kena edit lagi sikit hehe

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410: Rindu adik :')

Hm dah lah jarang jumpa. Bila jumpa cepat je dia membesar budak ni 😭 Rindunya. Jarang jumpa kalau jumpa pun masa hari raya je tak pun kalau kita pegi rumah dia. Kalau dekat takpelah juga ni jauh πŸ˜‘
.
Ramai je anak buah tapi paling sweet dia adik Afeef ni. Tak banyak ragam. Bila orang acah tak pernah mengecewakan selalu je senyum kiput. Alaaa senyum malu-malu gittew haha πŸ˜†
.
Dia ni pantang tengok orang makan terus datang kemari πŸ˜‚ Makan banyak tapi tak juga gemok. Sama je macam Cik Ang dia kuat makan tapi tak penah gemuk okay tu dulu sekarang tengah ikhtiar kuruskan badan dengan semangat makan je apa yang ada depan mata gittew πŸ˜‚
.
Adik Affef ni comel je haritu masa orang tengah azan asar dia pun ikut bising-bising mulut dia. Rasanya dia ikut mengazan kot. Pandailah adik ni 😍😭
.
Tahun depan kita jumpa okay kita jalan sama-sama kat Negeri di bawah bayu 😍♥ Rindu adik πŸ˜˜πŸ‘ΆπŸ»♥



Nilah dia nama senyum kiput hihihi



Adik happy sambut birthday dia rindunya :')



😍



Adik tengok pettew hihihi

BBM3410: Hatyai jom! :')

Sebenarnya aku teringin gila nak pegi Hatyai 😭 Sebab aku tengok makanan kat sana semua sedap-sedap mur-mur pula tu πŸ˜‚ Nak pegi tapi aku takde geng 😭 Kalau aku pegi sorang sah-sah lah mak aku tak bagi ahahaha
.
Aku ni memang kaki travel lah katakan. Tapi aku tak penah lagi ‘travel food’ πŸ˜‹πŸ˜‹. Sebab tu teringin nak pegi masa aku praktikal lagi rancang nak pegi tapi sampai kesudah takde orang nak teman aku hahahaha kesian.
.
Jadi angan-angan aku sekarang aku nak lah kan cari jodoh yang kaki travel baru best nak pegi mana-mana terus pegi hahaha tapi tu hanya angan-angan lah sebab angan-angan aku nak siapkan Fyp secepat mungkin pun tinggal angan-angan. πŸ˜‚
.
Kawan kaki travel tu ada je tapi susah pula sebab jadual tak sama 😭
.
Jadi cuma nak tanya, ada ke sape-sape sudi nak teman saya pergi Hatyai please πŸ˜­πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸΌπŸ˜‹
















Amacam tergugat tak tengok makanan tu? Hehe 

Ni salah satu IG travel yang menawarkan pakej dengan harga murah hihi

BBM3410: Okay? Okay

Tak stress pun saya okay je bila waktu cuti pun Prof still bagi tugasan. Simple je kot ambil gambar tangan buat simbol πŸ‘ŒπŸΌ lepastu upload dalam instagram masing-masing. Semudah Abc bukan? Hehe
.
Tapi tu lah Prof bila cuti ni saya tak tengok sangat fon dan saya pasti kawan-kawan saya yang lain pun macam tu πŸ™ˆ Tapi demi nak cuti kan hehe saya selalu tengok fon nak tahu perkembangan cuti hari isnin tu jadi ke tak 😭
.
Prof ni sweet lah, nak gtau hari Isnin tu cuti pun sanggup update blog demi kami semua hehe sata baca blog sambil gelak guling-guling tau. Tipu je gelak malu-malu je hehe 😜 Apa-apa pun terima kasih Prof sebab bagi cuti lebih hehe.
.
Tapi untuk pengetahuan Prof, group Whatsapp kelas saya kecoh sangat Prof sebab tugasan Prof tu. Sebab sorang pelajar tak pun tapi tak tahu indentitinya siapa. Aneh bukan? Dan dan pula waktu Prof nak tahu sebelum 8PM tu dah cukup 80 orang pelajar post πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Cuti-cuti pun saya sentiasa ingat tugasan Prof tapi tu lah ingat je buat tu tak pun maaf Prof 😭




Comel kan Prof saya ni? Jarang saya dapat tugasan macam ni hehe :P 



Cuti lebih? Sah-sah lah terlebih Okay hahaha



Komen dan Like yang paling berharga hiks



Gigihkan kawan-kawan saya ni nak cuti lebih hahaha

BBM3410: Sabah bah ini ;)

Ni lah dia. Pendengar setia aku. Tapi tak lah setia mana pun sebab tak selalu baik banyak ke arah tak puas hati je keje 😭 Memang macam tu ke? Hm
.
Kenal masa sekolah kat Sabah. Kenal gitu-gitu je tapi rapat sejak tingkatan 2 sampailah sekarang fuyohhh! Tapi pernah terputus hubungan sebab yelaa aku kena pindah kampung asal aku lah kan stay negeri orang lama-lama buat apa jodoh kat sini dah memanggil-manggil suruh balik kampung hahaha πŸ‘» Tapi sekarang dah sambung balik sebab kan ada muka buku gittew 😜
.
Dia ni senior aku tua setahun lah aku pula muda 3 tahun dari dia. Eh πŸ˜‚ hahaha
.
Dia ni dulu masa kat sekolah aku perati je suka merayau-rayau macam pengawal sekolah tu yang ronda-ronda sekolah tu kenal kan? Haa gitulah dia ni. Tapi aku kan baik mestilah pilih kawan yang baik dia ni baik jangan risau siapa nak kenal pm pm kita sa boleh bagi kau number dia bah jangan ko risau haa nah keluar sudah sa punya slang Sabah tu ah πŸ™Š
.
Ni bukan perhubungan Jarak Jauh tapi ni Persahabatan Jarak Jauh gittew hahaha sebab contact melalui Whatsapp je tak pun kalau ada apa apa call susah nak jumpa sebab jauh tapi aku penah je melawat dia. Tapi sedihnya dia tak penah melawat aku sini 😭 Takpe tak kisah pun aku okay je :’)
.
Apa-apa pun terima kasih ler sebab selalu jadi pendengar setia tak setia aku πŸ‘» Kekadang dia banyak bagi pendapat bila aku perlukan tapi tu lah pendapatkan tak semstinya kita kena terima sebab banyak mende kita kena pertimbangkan. Dia suka marah aku sebab bila dah bagi pendapat tapi aku tak ikut πŸ˜‚ Lek ah chill lah πŸ€™πŸΌ Lepasni selalu selalu lah bagi pendapat ya 😜
.
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. Aku tahu aku tak lah baik mana kawan dengan kau tapi aku terlalu baik kan jadi kawan kau hahahaha okay tipu. Terima kasih sebab selalu ada bila aku perlukan. 😊Semoga kau selalu sihat. Semoga kita dapat berjumpa lagi. Maaf salah silap aku πŸ€— Apa-apa pun aku sayang kau ngat-ngat tau πŸ‘»πŸ˜♥


Aisyah Asrul 


Ni masa aku pegi Sabah sebab nak jumpa dia lah -,-

BBM3410: Confirm aku femes lepasni haha!

Hm sejujurnya masa mula-mula masuk kelas Prof dulu rasa macam berat je subjek ni. Macam payah je. Macam beban je. Tapi bila dah berminggu-minggu bersama Prof cewah sweet plak hehe tapi bila dah kenal Prof macam mana rasa macam masuk kelas maharajalawak. Masuk kelas je kalau tak gelak tak sah best giler weh 😭😭
.
Ni malas ni bila dah suka tu tiba-tiba pula dah last sem nanti macam mana saya nak jumpa Prof lagi? πŸ€” Perlu ke saya sambung Master bawah seliaan Prof? Ehehehe
.
Hm sem ni saya rasa macam saya ambil subjek IT sebab banyak belajar berkenaan dengan IT. Sampai semua laman sosial kena guna untuk tugasan. Saya tak kisah pun boleh turut femes macam Prof kan? Hehehe
.
Tugasan Prof yang paling best setakat ni ialah kena buat video ‘one shot’. Bagi saya dengan adanya tugasan ni saya boleh ‘release stress’ sebab santai je hehe.
.
Tapi Prof 😒 Satu je kenapa Prof bagi tugasan ni sebelum cuti midsem dan buka cuti midsem terus kena bentang? Terus kelam kabut saya dan ahli group bincang pasal tugasan Prof yang ni hahaha πŸ˜‚
.
Keseluruhan saya suka dengan tugasan Prof yang ni hehehe yang penting komitmen dan kerjasama ahli kumpulan tu sangat perlu kan Prof?
.
Nanti Prof like dan komen lah video kumpulan saya tu kat YouTube Prof nak juga femes sekali sekala πŸ‘»πŸ‘»
.
Saja nak share ni link video kumpulan kami hehe https://youtu.be/MnJ3oHNInwo





Mawar Produksi ;)



Haa ni lah ahli kumpulan saya Prof hehe 



Banyak kali shoot pening dah nak pilih mana satu ahahah



Kasi can lah selfie dulu :P



Banyak dugaan tapi kami tetap enjoy ;)


BBM3410: Matang ke aku? Hm

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dulu kita sama-sama tak matang. Umur je makin meningkat tapi perangai macam budak-budak. Sampaikan family cakap macam budak terencat akal 😭 Kekadang aku fikir gak aku yang tak normal ke atau orang yang cakap tu tak normal.πŸ‘»πŸ˜­πŸ€”
.
Tapi tu dulu. Bila kita semua bujang hehe. Sekarang dah lain nak cakap matang tu tak lah matang tapi perangai budak-budak tu makin menjadi-jadi gilanya. 😭 Tapi aku sorang jelaa. Memandangkan kakak aku yang paling rapat dengan aku dah kawin Mac lalu. Happy? Entahlah sebab kekadang aku rasa kehilangan. Tapi tu dulu. Sekarang aku boleh terima yang dia dah bersuami. 😭 Nama je ada suami tapi bila jumpa aku perangai sama je hahaha πŸ˜‘πŸ˜‘
.
Nak buat perangai gila-gila dengan adik bongsu aku? Memang tak lah sebab perangai dia mengalahkan kak long 😌 Sebabtu orang ingat aku bongsu dan dia kakak aku ahahaha lek dik gurau-gurau 😚 Tapi hakikatnya memang macam tu lah memang orang ingat aku adik dia πŸ˜­πŸ‘»
.
Jadi sekarang ni bila nak buat perangai gila-gila terpaksa buat sorang sebab xdok geng 😒 Tapi takpe nasib mak aku layankan je perangai aku ahahaha πŸ˜‚πŸ˜…
.
Doakan supaya suatu hari nanti aku akan matang jadi bolehlah kawin kan? ahahaha k gurau. -.-




Ni masa dia tunang tahun lepas haa happy lah tu tinggalkan aku -,-




Acah ayu je semua padahal ganas ahahaha




Ni masa dia kawin Mac lalu, perasaan tu tak tahulah happy ke sedih ;(

BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)