Asas grafik
Ø Mudah
Gambar asas grafik yang diambil mestilah mudah. Mudah yang dimaksudkan disini ialah orang lain faham akan maksud gambar tersebut. Misalnya, gambar permandangan di pantai. Berdasarkan gambar ini, orang yang melihatnya faham akan gambar tersebut.
Ø Keseimbangan
Gambar yang diambil mestilah seimbang. Misalnya, objek yang terdapat di tengah-tengah mestilah seimbang jaraknya antara kiri, kanan, atas dan bawah. Berdasarkan gambar ini, ia akan lebih nampak cantik dan menarik kerana seimbang.
Ø Kesesuaian
Gambar yang diambil mestilah bersesuai dengan latar belakang sesuatu gambar itu. Misalnya, apabila berpakaian baju sukan latar belakang yang besesuai mestilah padang. Berdasarkan gambar ini, kesesuaian itu sangat penting agar orang yang melihatnya tidak salah tafsir.
Ø Warna
Gambar yang diambil mestilah mempunyai wana yang menarik. Misalnya, warna pakaian yang dipakai. Berdasarkan warna ini, ia dapat memberikan emosi tertentu kepada individu tersebut.
Ø Teks
Gambar yang diambil mestilah meletakkan teks yang sesuai dengan gambar tersebut. Misalnya, mengambil gambar di ladang lembu. Oleh itu, teks yang bersesuai mestilah berkenaan dengan gambar tersebut. Jenis font, slogan dan tema juga memainkan peranan yang penting dalam meletakkan teks.