Assalamualaikum semua. :) Nama saya Siti Hayati Noor binti Mohd Abd Khar. Saya merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Saya berasal dari pantai timur iaitu Terengganu. Hobi saya, saya suka 'travel' di tempat-tempat yang menarik. Selain itu, saya juga gemar melakukan sukan yang lasak seperti 'hiking'. Dulu, cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor pakar bedah, tapi apabila aliran tingkatan enam saya kearah sastera saya mula minat dalam bahasa Melayu terutamanya dalam bidang Linguistik. Cita-cita saya sekarang ialah menjadi seorang guru. Saya harap, lepas saya habis belajar nanti saya akan terus mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang saya. Andai kata saya ada rezeki untuk sambung master saya akan sambung master terlebih dahulu untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik untuk masa akan datang.
Pulau Redang, Terengganu
Pulau Kapas, Terengganu
Bali, Indonesia
Kota Kinabalu, Sabah
No comments:
Post a Comment