Tuesday, September 25, 2018

BBM3410: Fuh mencabar juga asas grafik ni!

Pada minggu kedua, setiap kumpulan dikenakan membuat aktiviti berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini memerlukan kerjasama dan ketelitian. Hal ini demikian kerana, tugasan yang diberikan memerlukan ketelitian yang tinggi dan tidak boleh menggunakan sebarang pen untuk menulis. Semua perlu diambil di majalah yang dibawa.

Tugasan yang diberikan ialah berkenaan asas grafik. Misalnya, permandangan yang mempunyai keseimbangan. mudah, kesesuaian, warna dan teks. Ativiti ini dilakukan dengan kesemua asas grafik tersebut diambil dari majalah dan digunting. Selepas itu ditampal dalam multiboard hitam. Tetapi, untuk menampal ini memerlukan kekemasan. Dan untuk menampal haruslah menguruk setiap inci supaya mempunyai keseimbangan. Tambahan pula, setiap huruf juga haruslah digunting dari majalah.

Tugasan yang diberikan oleh Prof ini sangat mencabar dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Saya sangat suka kerana memberikan saya pengalaman dalam melakukan kerja yang sebegini. :)
















                                                             

BBM3410: Kali pertama bertatap mata dengan Prof ;)

Assalamualaikum semua. Dalam minggu pertama untuk subjek Multimedia dalam Bahasa, Prof banyak memberitahu berkenaan dengan pengenalan subjek ini dan pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau untuk semester-semester lepas.

Selain itu, Prof juga ada memberitahu tugasan yang harus dilakukan oleh pelajar untuk akan datang sekaligus memberitahu peahan peratusan untuk tugasan dan peperiksaan akhir. Pada hari tersebut juga, agihan kumpulan dilakukan untuk tugasan sampai ke minggu ke-14.

Pada minggu pertama tersebut, Prof sudah memberikan tugasan berkumpulan dan memaklumkan perkara yang hendak dibawa oleh pelajar untuk digunakan pada minggu akan datang. Misalnya, 6 keping multiboard hitm yang bersaiz A4, gunting, gam uhu stick, pisau kecil, reben dan majalah yang terpakai. Dalam tugasan ini, setiap ahli haruslah memainkan perana masing-masing.




                                                                              Prof Dr Normaliza ;)



BBM3410: Tentang diri saya :)


Assalamualaikum semua. :) Nama saya Siti Hayati Noor binti Mohd Abd Khar. Saya merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia. Saya berasal dari pantai timur iaitu Terengganu. Hobi saya, saya suka 'travel' di tempat-tempat yang menarik. Selain itu, saya juga gemar melakukan sukan yang lasak seperti 'hiking'. Dulu, cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor pakar bedah, tapi apabila aliran tingkatan enam saya kearah sastera saya mula minat dalam bahasa Melayu terutamanya dalam bidang Linguistik. Cita-cita saya sekarang ialah menjadi seorang guru. Saya harap, lepas saya habis belajar nanti saya akan terus mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang saya. Andai kata saya ada rezeki untuk sambung master saya akan sambung master terlebih dahulu untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik untuk masa akan datang.



Pulau Redang, Terengganu

                


                                                Pulau Kapas, Terengganu                                                                 


Bali, Indonesia






Kota Kinabalu, Sabah
                                                               




BBM3410/18: Facebook

Ni post pertama hehe ;) Ni post kedua hihi ;)